Sunday, August 22, 2010

PINDAH TEMPAT UNTUK MENDIRIKAN SOLAT SUNAT

PINDAH TEMPAT UNTUK MENDIRIKAN SOLAT SUNAT
.
Sekiranya kita ingin mendirikan solat sunat yang mengiringi solat fardhu, maka kita disunatkan melaksanakan pindah dari tempat melakukan solat fardhu tadi. Contohnya kita solat fardhu di satu tempat, maka setelah selesai salam, apabila kita akan melaksanakan solat sunat rawatib , hendaklah ada jarak waktu contohnya membaca doa, kemudian apabila hendak mendirikan solat sunat, maka kita berpindah dari tempat tadi ke belakang, ke hadapan, ke kanan atau kekiri sedikit. Selepas itu baru kita melaksanakan solat sunat.
.
Ianya sebagaimana diajarkan oleh Rasulullah s.a.w kepada Muawiyah dalam melaksanakan solat sunat. Dalam hadis dinyatakan :
.
“Bahawasanya Rasulullah s.a.w memerintahkan kepada kami (Muawiyah) agar supaya jangan menyambung solat (fardhu) dengan solat (sunat) hingga berbicara (atau membaca doa) atau keluar (berpindah tempat).(Hadis riwayat Muslim)

No comments:

Post a Comment