Sunday, August 22, 2010

HUKUM SOLAT SUNAT HARI RAYA


Apa hukum solat sunat hari raya?
.
Solat sunat hari raya sama ada hari raya korban atau hari raya fitrah adalah sunat muakkad kerana Nabi s.a.w. tidak pernah meninggalkannya sejak mula disyari’atkan hinggalah baginda wafat.
.
Ke atas siapa disyariatkan?
.
Ia disyari’atkan ke atas semua golongan muslim yang mukallaf sama ada lelaki, wanita atau khunsa, muqim atau musafir, merdeka atau hamba.
.
Bilakah ia mula disyariatkan?
.
Mula disyari’atkan pada tahun ke 2 hijrah. Solat hari raya yang pertama dilakukan oleh Rasulullah ialah bersempena hari raya fitrah pada tahun tersebut.
.
Apakah dalil disyariatkan solat hari raya?
.
إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ، فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ، إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ
.
“Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya)”
(al-Kauthar: 1-3).Berkata para ulamak; “Yang dimaksudkan dengan solat di dalam ayat di atas ialah solat ‘aidil-adhha (hari raya korban)”.
.
كَانَ النَّبِيُّ صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلّم يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ وَالأَضْحَى إلَى الْمُصَلَّى، وَأَوَّلُ شَيْء يَبْدَأُ بِهِ الصَّلاةَ، ثُمّ يَنْصَرِفُ فَيَقُومُ مُقَابِلَ النَّاسِ ـ وَالنَّاسُ عَلَى صُفُوفِهِمْ ـ فَيَعِظُهُمْ وَيَأْمُرُهُمْ
.
“Adalah Nabi s.a.w. keluar pada hari raya fitrah dan hari raya korban menuju ke tempat solat. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah menunaikan solat. Kemudian baginda akan berdiri mengadap orang ramai yang masih berada dalam saf-saf mereka lalu ia memberi peringatan dan arahan kepada mereka”
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

No comments:

Post a Comment