Friday, February 19, 2010

TAUBAT

PANDANGAN IMAM GHAZALI TENTANG TAUBAT
.
Imam termasyur iaitu Imam Ghazali memberi pendapat tentang taubat bahawa taubat itu mempunyai tiga tingkatan. Iaitu taubat orang awam, taubat yang khusus dan taubat yang lebih khusus. Taubat orang awam merupakan taubat tingkatan pertama iaitu taubat yang dilakukan pada dosa-dosa yang zahir lagi nyata seperti membunuh orang, merompak. mencuri, berzina, meliwat, menerima dan memberi rasuah, minum arak, makan riba, melakukan syirik, mengumpat dan sebagainya.
.
Taubat yang khusus merupakan taubat yang dilakukan akibat daripada dosa-dosa batin lagi tersenbunyi seperti wujudnya perasaan bangga diri, hasad dengki, riak, takbur, ujub, berlagak, sombong, berkaitan dengan kerosakan hati jiwa dan sebaginya. Manakala taubat yang lebih khusus pula merujuk taubat daripada kealpaan dan kelalaian dari mengingati Allah s.w.t. Taubat yang demikian itulah yang diertikan atau dimaksudkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam hadis baginda bahawa Nabi Muhammad s.a.w bertaubat kepada Allah seratus kali sehari. Walaupun Baginda telah di anugerahkan sifat maksum namun Baginda sentiasa memohon ampun dan bertaubat kepada Allah s.w.t. Mari kita renungkan sebuah hadis dari Nabi Muhammad s.a.w iaitu:
.
Adakalanya timbul perasaan (gundah gulana) dalam hatiku maka aku meminta ampun kepada Allah dalam sehari seratus kali.(Hadis Riwayat Muslim)
.
Daripada hadis Nabi Muhammad s.a.w jelaslah bahawa Baginda merupakan model dan ikutan terbaik untuk ummah sepanjang hayat. Kiranya Baginda itu maksum tetapi sering bertaubat dan renungkanlah diri kita adakah kita bertaubat setiap hari seperti apa yang dilakukan oleh Baginda.

No comments:

Post a Comment