Friday, February 19, 2010

SOLEH DAN SOLEHAH

CIRI-CIRI SUAMI YANG SOLEH
.
Memegang peranan sebagai ketua keluarga. Menunaikan kewajipan sebagai suami mengikut ikatan janji. Isteri dianggap sebagai jiwanya dalam menempuh hidupnya. Cinta dan kasihnya terhadap isteri dibina dengan rasa ikhlas dan tulus. Setiap perkara hendaklah dibincang bersama terutamanya soal rumah tangga. Jangan bertindak kasar berilah peluang kepada isteri untuk memperbaiki diri. Membantu meringankan beban isteri. Berlaku jujur dan ingatlah bahawa Allah maha mengetahui. Memahami kedudukan sebagai isteri seorang wanita yang tidak sama tarafnya. Mempunyai akhlak terpuji mengikut ajaran islam. Mempunyai prinsip dan pedoman bahawa perkahwinannya mempunyai nilai yang mulia dan tinggi. Sentiasa ingat bahawa anak dan isteri adalah amanah dari Allah. Tidak takut menyatakan kesalahan, segera memaafkan jika berlaku kesilapan. Selesaikan sengketa dengan bijaksana, buang nafsu amarah dengan segera, ingat ajaran Islam yang sebenar.
.
CIRI-CIRI ISTERI YANG SOLEHAH
.
Isteri yang patuh pada ajaran agama. Menjaga amanat dan pesanan suami sebaik mungkin. Menjaga kesihatan diri, zahir dan batin. Memelihara kehormatan suami. Menjaga rahsia suami. Tidak keluar rumah tanpa izin suami. Hormat dan sopan terhadap suami. Cinta dan kasih kepada suami dibuktikan dengan perbuatan. Jangan bertinadak sendiri tanpa pengetahuan dari suami. Berbincang dan beruunding dalam segala urusan rumah tangga. Jujur dan ikhlas. Mengasuh dan mendidik anak dengan menerapkan cara hidup islam.

No comments:

Post a Comment