Friday, January 22, 2010

KEIKHLASAN HATI

AGAR HATI SENTIASA IKHLAS MEMBUAT BAKTI.
.
Di dalam pengalaman hidup mencari kawan yang setia susah sekali
Macam susahnya mencari gagak yang putih. Mana ada begitu juga jiran yang mulia macam keluarga payah dicari
Macam payah diperolehi intan permata untuk dipunyai
Taat setia seorang pengikut kepada pemimpin serupa sahaja
Kerana itulah ramai rakyat yang berpura-pura di hadapan pemimpinnya
Begitulah juga keadilan seorang pemimpin payah dijumpai
Keadilannya hanya tinggal slogan di dalam realitinya yang tidak ada
Juga yang bertanggungjawab terhadap amanah amat susah sekali
Ramai yang bertangungjawab terhadap amanah mengambil mudah atau bermudah-mudahan Lebih-lebih lagilah hendak ikhlas di dalam beramal lagi payah
.
Kerana ALLAH itu hanya pemanis kata, realitinya tiada
Ikhlas itu bukan pengakuan lidah tapi pengakuan hati
Sedangkan perjalanan hati payah dikesan dan payah dijejaki
Kerana itulah ikhlas itu payah hendak dipasti
Ia adalah rahsia ALLAH yang Maha Mengetahui perjalanan hati
Pintalah kepada ALLAH hidayah dan taufikNya tentang hati
Agar hati sentiasa ikhlas membuat bakti.

No comments:

Post a Comment