Showing posts with label SURAH AL-QURAN. Show all posts
Showing posts with label SURAH AL-QURAN. Show all posts

Monday, February 22, 2010

TERJEMAHAN SURAH AL INSYIRAH

TERJEMAHAN SURAH AL INSYIRAH
(KELAPANGAN)
SURAH INI DITURUNKAN DI MEKAH DAN MENGANDUNGI 8 AYAT
.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

1.Bukankah kami telah melapangkan dadamu (ya Muhammad)
2.Dan telah Kami ringankan bebanmu yang berat.
3.Yang memberati punggungmu,
4.Dan Kami tinggikan (muliakan) namamu?
5.Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan,
6.Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan.
7.Apabila engkau telah selesai, (mengerjakan sesuatu pekerjaan), maka bersusah payahlah (mengerjakan yang lain)
8.Dan kepada Tuhanmu, erharaplah.

KETERANGAN SURAH AL INSYIRAH

Orang-orang beriman kepada Allah swt dan hari kemudian, jika ditimpa sesuatu bala ujian, dia teringat akan firman Allah swt ini : Disamping kesusahan ada kesenangan, disamping kesempitan ada kelapangan, sesudah bala teruji, di belakangnya nikmat berlipat ganda. Sebab itu dia tidak suka berdukacita atau berkeluh kesah terhadap ujian dari Allah. Kerana dia yakin setiap kesusahan yang ditempuhi pasti dijanjikan kesenangan selepas itu. Inilah sifat orang yang bersabar dan tidak putus asa jika ditimpa bala ujian dari Allah. Adapun orang yang tidak beriman kepada Allah swt, maka dia sangat berkeluh kesah dan berduka cita kerana ditimpa musibah hidup. Kadang-kadang kerana tidak sanggup menempuh ujian hidup dia memilih jalan dengan cara menamatkan riwayat hidupnya. Inilah bahayanya jika tidak beriman kepada Allah.

RUJUKAN
KITAB TAFSIR AL-QURAN NUL KARIM
RASM UTHMANI

TERJEMAHAN SURAH AL ALAQ

TERJEMAHAN SURAH AL ALAQ
(SEGUMPAL DARAH)
SURAH INI DITURUNKAN DI MEKAH DAN MENGANDUNGI 19 AYAT.


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

1.Bacalah (ya Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang telah menciptakan.
2.Telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
3.Bacalah dan Tuhanmu amat Pemurah.
4.Yang mengajar (manusia) dengan pena.
5.Yang mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
6.Sesekali jangan (disangkal nikmat Allah). Sesungguhnya manusia amat derhaka.
7.Kerana dia melihat dirinya telah kaya-raya.
8.Sesungguhnya kepada Tuhanmu kembalimu.
9.Adakah engkau lihat orang yang melarang.
10.Hamba (Allah) ketika dia bersembahyang?
11.Adakah engkau melihat, jika yang melarang itu di atas petunjuk,
12.Atau menyuruh dengan takwa?
13.Adakah engkau melihat , jika dia mendustakan dan berpaling?
14.Tidakkah dia tahu, bahawa sesungguhnya Allah melihatnya?
15. Sesekali jangan begitu. Demi, jika dia tidak berhenti (dari kekafiran), nescaya akan Kami tarik ubun-ubunnya,
16. (iaitu) ubun-ubun yang dusta lagi bersalah.
17.Maka hendaklah dia memanggil perkumpulan nya (untuk meminta tolong)
18.Nanti akan Kami panggil Zabaniah (Malaikat-malaikat penjaga neraka)
19.Sesekali janganlah begitu, janganlah engkau ikut orang yang bersalah dan sujudlah (kepada Allah) dan hampirkanlah diri (kepadaNya).

KETERANGAN SURAH AL ALAQ

Surah Al Alaq merupakan surah yang pertama diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw. Ketika itu Baginda berada di atas bukit yang bernama di Gua Hirak di Mekah. Adapun Baginda sejak kecil tidak pernah menyembah berhala, sebagaimana yang di lakukan oleh kaumnya. Setelah berumur 40 tahun, maka pergilah Baginda ke Gua Hirak untuk bermunajat kepada Allah dan bersedih memikirkan nasib kaumnya yang hidup dalam keadaan jahiliyah dan rosak akhlaknya. Ketika di dalam gua tersebut, tiba-tiba datang malaikat Jibril as menyampaikan wahyu yang pertama , lalu Jibril as berkata kepada Baginda: “Bacalah!” Maka jawab Nabi Muhammad saw: “ Aku tidak pandai membaca” Sehinggalah pertanyaan itu berulang sebanyak tiga kali. Akhirnya di bacakan oleh malaikat Jibril as kepada Baginda surah Al Alaq ini mulai ayat 1 hingga 5. Ayat ini menganjurkan kepada kita supaya setiap orang tidak kira bangsa, pangkat, kedudukannya, warna kulit dan sebagainya perlulah mempunyai kepandaian dalam membaca dan menulis supaya menjadi masyarakat yang berilmu. Adapun Nabi Muhammad saw tidak pandai menulis dan membaca ialah satu hikmahnya serta hujah baginya , sekiranya baginda pandai menulis dan membaca tentulah Baginda akan dilemparkan tuduhan bahawa Al Quran itu disalinnya dan ditirunya dari kitab Taurat, Injil, Zabur dan sebagainya.

RUJUKAN
KITAB TAFSIR AL-QURAN NUL KARIM
RASM UTHMANI

TERJEMAHAN SURAH AL 'ASR

TERJEMAHAN SURAH AL ’ASR
(MASA)
SURAH INI DITURUNKAN DI MEKAH DAN MENGANDUNGI 3 AYAT.


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

1.Demi masa
2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
3.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.

KETERANGAN SURAH AL ’ASR

Semua manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman teguh dan beramal soleh, serta suka nasihat menasihati tentang kebenaran serta kesabaran. Orang yang soleh sentiasa menjaga baik hubungan sesama manusia serta hubungan dengan Allah swt. Masa yang berlalu diisi dengan perkara yang berfaedah tanpa membazirkan perkara dengan perbuatan yang sia-sia. Pendek kata sentiasa mengikuti apa yang diperintahkan olehNya dan meninggalkan apa yang dilarang olehNya.

RUJUKAN
KITAB TAFSIR AL-QURAN NUL KARIM
RASM UTHMANI

Saturday, February 20, 2010

TERJEMAHAN SURAH AT-TAKAASUR

TERJEMAHAN SURAH AT-TAKAASUR
(BANYAK BERLUMBA)
SURAH AT-TAKAASUR INI DITURUNKAN DI MEKAH DAN MENGANDUNGI 8 AYAT.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

1.Kamu telah dilalaikan oleh perlumbaan (membanyakkan harta benda dan anak-anak)
2.Sehingga masuk kubur.
3.Sekali-kali jangan begitu, nanti kamu akan mengetahui,
4.Kemudian sekali-kali jangan begitu, nanti kamu akan akan mengetahui,
5.Sekali-kali jangan begitu, kalau kamu mengetahui dengan ilmu yang yakin.
6.Sesungguhnya kamu akan melihat neraka.
7.Kemudian sesungguhnya kamu akan melihatnya dengan mata keyakinan,
8.Kemudian kamu akan diperiksa pada hari itu tentang segala nikmat
(yang kamu perolehi dari Tuhanmu)

KETERANGAN SURAH AT-TAKAASUR

Kamu (wahai manusia), manusia telah lalai dan alpa, kepada Allah swt, kerana kamu berlumba-lumba dari hal harta benda dan anak-anak, padahal kamu akhirnya meninggal dunia dan masuk ke dalam kubur, dengan tidak membawa apa-apa, selain dari sehelai kain putih. Nanti kamu bakal tahu dan melihat neraka, serta dilemparkan kamu kedalamnya. Di sana kamu diperiksa tentang nikmat Allah swt yang telah kamu terima di atas dunia. Oleh sebab itu hendaklah kamu ingat kepada Allah swt, iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu dalam seharii semalam sebagai bersyukur atas pemberianNya kepadamu. Disini dapat diketahui bahawa, mencari harta benda dan ramai anak itu tidak terlarang asal tidak lupa kepada Allah swt.

RUJUKAN
KITAB TAFSIR AL-QURAN NUL KARIM
RASM UTHMANI

TERJEMAHAN SURAH AT-TIN

TERJEMAHAN SURAH AT-TIN
(POHON TIN)
SURAH AT-TIN INI DITURUNKAN DI MEKAH DAN MENGANDUNGI 8 AYAT.


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

1.Demi Tin, demi Zaitun.
2.Demi gunung Sinai,
3.Demi negeri ini yang aman (Mekah)
4.Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk.
5.Kemudian Kami kembalikannya, serendah-rendah orang yang rendah,
6.Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan (amal) yang soleh, maka untuk mereka, pahala yang tidak putus-putus.
7.Maka apakah sebabnya engkau mendustakan agama (pembalasan) sesudah (keterangan) itu?
8.Bukankah Allah seadil-adil hakim?

KETERANGAN SURAH AT-TIN

Didalam surah ini, Allah menjelaskan dengan pohon Tin dan Zaitun, kerana kedua-dua buah ini banyak memberi faedah kepada manusia, sehingga pengamal perubatan sekarang memberi nasihat kepada orang ramai supaya banyak memakan buah-buahan ini, kerana besar khasiatnya untuk kesihatan tubuh badan. Dan Allah swt bersumpah dengan bukit Tursina, kerana disanalah turunnya wahyu kepada Nabi Musa a.s. Adapun negeri ini (Mekah) ialah tempat turunnya wahyu kepada Nabi Muhammad saw.

RUJUKAN
KITAB TAFSIR AL-QURAN NUL KARIM
RASM UTHMANI

TERJEMAHAN SURAH AL-FALAQ

TERJEMAHAN SURAH AL-FALAQ
(MAKHLUK,SUBUH)
SURAH AL-FALAQ INI DITURUNKAN DI MEKAH DAN MENGANDUNGI 5 AYAT.


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

1.Katakanlah (ya Muhammad): Aku berlindung kepada Tuhan (yang mengatur) makhluk.
2.Daripada kejahatan makhlukNya.
3.Dan daripada kejahatan malam, apabila is telah gelap,
4.Dan daripada kejahatan perempuan-perempuan tukang sihir yang meniup dengan air ludahnya pada buhul (simpul) tali,
5.Dan daripada kejahatan orang yang dengki (iri hati), bila dia melahirkan dengkinya.

KETERANGAN SURAH AL-FALAQ

Tiada tempat berlindung daripada segala kejahatan, selain daripada Allah swt. Sebab itu kita meminta berlindung kepadaNya, supaya terhindar segala kejahatan malam, kejahatan tukang sihir dan kejahatan orang yang dengki, iaitu orang yang jahat hati, bila dia melihat orang lain mendapat kebaikan, hatinya menjadi marah kepada orang itu, serta dicarinya ikhtiar untuk merosakkan nama baik orang itu.

RUJUKAN
KITAB TAFSIR AL-QURAN NUL KARIM
RASM UTHMANI

TERJEMAHAN SURAH AL-IKHLAS

TERJEMAHAN SURAH AL-IKHLAS
(BERSIH,TULUS)
SURAH AL-IKHLAS INI DITURUNKAN DI MEKAH DAN MENGANDUNGI 4 AYAT.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

1.Katakanlah (ya Muhammad): Dialah Allah yang Maha Esa.
2.Allah yang dituju (untuk meminta hajat)
3.Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.
4.Dan tiada suatu pun yang menyerupaiNya.

KETERANGAN SURAH AL-IKHLAS

Erti As-samad yang bermaksud dan dituju untuk meminta segala hajat. Maka Allah saja satu – satunya tempat meminta hajat. Bukan kepada kubur-kubur , batu-batu, jin-jin atau malaikat sekalipun.

RUJUKAN
KITAB TAFSIR AL-QURAN NUL KARIM
RASM UTHMANI