Sunday, August 22, 2010

SUNAT MEMAKAI PAKAIAN BARU


Berwangi-wangian dan dan memakai pakaian baru.
.
Berdalilkan hadis dari Hasan bin Ali r.a. –cucu Rasulullah- yang menceritakan;
“Rasulullah s.a.w. memerintahkan kami pada dua hari raya supaya memakai pakaian sehabis elok yang kami perolehi, berwangi dengan wangian paling harum yang kami perolehi dan supaya kami menyembelih korban dengan binatang paling gemuk yang kami miliki”.
(Riwayat Imam al-Hakim dan at-Thabrani).
.
Berkata Imam Ibnul-Qayyim; “Nabi s.a.w. memakai untuk dua hari raya pakaian baginda yang paling cantik. Baginda mempunyai jubah khusus yang dipakai baginda untuk dua hari raya dan juga hari jumaat”.
.
Adakah berwangian dan berbaju baru itu hanya disunatkan
untuk orang yang ingin keluar mengerjakan solat hari raya sahaja?

.
Tidak. Ia disunatkan kepada semua orang termasuk yang tinggal di rumah kerana hari raya adalah hari perhiasan (يوم الزينة). Bagi yang memiliki hanya satu pakaian, ia disunatkan membasuh pakaian itu untuk hari raya sebagaimana juga hari jumaat.

No comments:

Post a Comment