TIGA GOLONGAN MANUSIA
.
Assalamualaikum.. mari bersama luangkan sedikit masa membaca tazkirah ini. Terdapat tiga golongan manusia di sisi Islam.
.
Pertama, ornag kaya iaitu orang banyak amal solehnya. Amal solehnya itu yang di bangkitkan menjadi “harta” yang banyak.
.
Kedua, orang miskin. Iaitu orang yang kafir walaupun mereka mengerjakan amal kebajikan , namun amalan itu tidak dikira pada hari akhirat.
.
Ketiga, orang muflis , iaitu orang kaya pada asalnya, tetapi setelah di bayar hutang, akhirnya harta itu habis. Mereka beriman dengan mengerjakan ibadat dan amal soleh tetapi melakukan maksiat, mengamalkan riba berjudi serta minum arak.Allah berfirman di dalam surah A’raf pada ayat ke 47, bermaksud:“Dan orang-orang beriman yang mendustakan ayat-ayat Kami dan pertemuan hari akhirat, gugurlah amal-amal mereka (yang baik). Mereka tidak diberikan balasan (pada hari akhirat) melainkan (bagi) apa yang mereka telah kerjakan (dari perbuatan kufur dan maksiat)”
.
TIGA GOLONGAN YANG TIDAK DI PANDANG OLEH ALLAH
.
Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksudnya:“Terdapat tiga golongan yang tidak dilihat Allah s.w.t pada hari kiamat kelak. Mereka tidak disucikan Tuhan. Mereka ini akan mendapat seksaan azab yang pedih. Pertama, orang yang mempunyai lebihan air tetapi tidaak mahu memberikan seteguk air pun kepada orang yang sedang haus di dalam perjalanan. Kedua, orang yang mengadakan baiah (sumpah setia) dengan pemimpin yang mementingkan dunia sahaja. Apabila diberi sesuatu, dia suka, tetapi bila mana tidak diberi, maka dia akan marah. Ketiga, iaitu orana yang masih menguruskan barang pernigaannya walaupun setelah hampir habis waktu asar"
No comments:
Post a Comment